Thursday 1 September 2011

Setelah sebulan Ramadhan~~

 Salam Alaikum semua..sempena raya ni,mesti ramai yang upload gambar-gambar raya,pastu banyak cerita pasal raya kita dengar..ada cerita sedih,gembira,tawar,pahit,pedas,padar(aku pun tak tau maksud sebenar perkataan ni..hehe)..jadi sini,aku mau kongsi ngan semua apa yang aku lalui sehari dua raya ni..pagi 1 syawal tu,macam biasa laa..semua orang siap-siap nak sembahyang raya..ada jugak member-member yang sembahyang di luar,di masjid azhar terutamanya..aku ni sembahyang di surau rumah sabah jaa..ramai jugak yang sembahyang sini..kira meriah la jugak..member-member dari luar kaherah semua datang berkumpul di rumah sabah ni..memang sini la markas tempat semua orang bertandang..so pagi tu sembahyang raya,lebih kurang dalam jam 7 pagi..khutbah raya tahun ni YDP rumah sabah yang sampaikan,Ust.Azhar..


Lepas selesai semua tu,macam biasa la..bersalam-salaman,0-0 la apa semua..hehe..acara tahunan ni..pastu baru semua ramai-ramai bergambar..dan tiap-tiap tahun memang spontan la bertanding antara jubah putih dan jubah hitam siapa paling ramai dan tiap-tiap tahun jugak la jubah putih yang menang..hahah..tahun ni aku belot..join geng jubah putih..haha..pastu ada jamuan la sikit..biarpun simple sedap jugak..hahah..pas habis semua tu,aku balik rumah,stay macam hari biasa..haha..aku rasa memang gini ja la tahun-tahun sebelumnya..
Hari kedua raya ada majlis jugak tapi sebelah malam laa..jadi sebelah pagi tu sibuk la member-member semua..ada yang sibuk masak untuk jamuan malam tu,ada yang membakar sayap ayam laa..ada yang mengemas dewan laa..semua ni AJKT majlis yang buat..aku ni yang biasa-biasa ja stay di rumah ja..tgok tv..haha..so majlis malam tu meriah laa..macam-macam aktiviti dibuat..pertandingan anyam ketupat.balas pantun laa..hahah..yang best,sebelum ni setiap rumah kena suruh buat kuih untuk jamuan malam tu..jadi nampak la macam-macam rupa kuih ada...kalau yang sedap tu memang perempuan yang buat laa..kalau kurang sedap tu lelaki punya tangan la tu..hahah..biasa laa kan..kaum lelaki ni tak berapa cun sangat buat kuih raya ni..tau makan jaa...hahah..tu jelah yang aku buat sehari dua raya ni..mungkin pasni banyak luangkan masa dirumah jaa..tak tau nak buat apa..lepak jelah...heheh..peace..

Rasulullah S.A.W bersabda:
من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال كان كصيام الدهر- رواه مسلم

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawwal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"-Hadis riwayat Muslim.









Ni laa gambar-gambar lain yang aku ada~~