Tuesday 13 December 2011

Cahaya Lilin..

Sekadar gambar hiasan..
Salam alaikum..kali ni aku nak kongsi sedikit info berguna dengan semua..tapi sebelum tu,semenjak beberapa hari ni aku memang sibuk..exam aku tak lama lagi..mode aku skang ni pun dah tukar "mode study"..stuck la aku dalam rumah ni..nak keluar pun jarang dah..dah rasa macam kena stunt plak dalam rumah ni..memandangkan aku dalam mode study ni,aku nak cerita sikit pasal menuntut ilmu..dalam kehidupan seharian kita,mesti ada persoalan akan timbul.."kenapa aku kena belajar?..dah la penat belajar,susah plak tu"..

Firstly,niat kita kena betul dalam mencari ilmu ni..kita cari ilmu kerana apa??..kalau niat kita sebab nak dapat segulung ijazah,yang kita akan dapat ijazah tu je laa..tapi ilmu yang kita belajar tu tak dapat nak apply dalam kehidupan..kita akan rasa susah bila nak ajar ilmu tu pada orang lain..pastu kita akan lupa apa yang kita telah belajar dulu.. pepatah arab ada menyebut "العلم فى الصدور لا فى السطور"..ilmu itu ada didada,bukan diatas kertas..tu la kejadiannya kalau ilmu tu hanya ada diatas kertas(Sijil,Ijazah)..

Secondly,kita kena ingat menuntut ilmu tu fardhu 'ain (wajib)..menuntut ilmu tu yang wajib tapi bila dah masuk jenis-jenis ilmu tu jadi fardhu kifayah plak..fardhu kifayah ni plak apa??..fadhu kifayah ni,tanggungjawab kewajipan terletak pada semua orang tapi bila seorang daripada kita laksanakan tanggungjawab tu,maka tanggungjawab orang lain turut terlepas..contoh yang selalu kita dengar tentang fadhu kifayah ni,pengurusan jenazah..bila dalam sebuah kampung ada orang meninggal dunia,maka tanggungjawab mengurus jenazah tu terletak pada orang islam seluruh kampung tu..tapi bila ada 2 atau 3 orang uruskan jenazah tu maka seluruh kampung tu akan terlepas dari tanggungjawab tu..tu dalam konteks jenazah,kita luaskan plak dalam konteks menuntut ilmu..semua orang islam akan bertanggungjawab sekiranya takda pakar doktor,arkitek,tukang masak dan sebagainya dari orang islam..jadi bila ada orang islam muncul sebagai doktor,arkitek dan sebagainya..maka tanggungjawab kita akan terlepas..so takda diskriminasi dalam hal ni..kita belajar dalam bidang apa pun,semua tu masih tanggungjawab bersama..

Lastly(untuk cerita aku ni laa..kalau nak ikut banyak lagi..),kita kena sedar kedudukan orang berilmu ni tinggi..dalam Al-quran ada menyebut..

يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتوا العلم درجات

Maksudnya:"Allah akan mengangkat darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan orang-orang yang menuntut ilmu beberapa darjat..."        (Surah Al-mujadalah:11)

kalau kita tengok ayat ni Allah menggunakan perkataan درجات yang mmembawa maksud banyak(darjat yang banyak),tidak menggunakan perkataan درجة yang membawa maksud satu(satu darjat sahaja)..disini kita dapat lihat bahawa Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan menuntut ilmu itu ke darjat yang tinggi..bukan satu sahaja..contoh yang aku masih ingat dari dulu sampai sekarang...

Kalau kita pergi memburu,pastu kita ada membawa seekor anjing buruan yang tidak terlatih..bila kita tembak binatang buruan(contoh ayam hutan) dan anjing buruan kita terus serbu menerkam ayam hutan tu tanpa disuruh..anjing buruan tu gigit sana sini tak tentu hala pastu ayam hutan tu pun mati..apa jadi dengan hasil buruan(ayam hutan) tu..kalau mengikut hukum syariah,hasilnya tak halal(haram) sebab anjing tu tak terlatih...
Tapi kalau kita latih anjing buruan kita tu (dalam makna lain beri ilmu),kita ajar bila nak terkam,pastu terkam kat leher mangsa,pastu latih bertindak mengikut arahan..so next time pergi berburu lagi,hasil buruan anjing kita yang terlatih tu jadi halal bagi kita(sebab anjing buruan kita tu terlatih)..berdasarkan ayat quran tadi,kita dapat tengok Allah angkat darjat anjing buruan kita daripada haram kepada halal..berapa darjat Allah angkat..bayangkan daripada Haram > Makruh > Harus > Halal..

Banyak lagi sebenarnya kelebihan menuntut ilmu ni,tapi setakat ni dulu laa..tulis banyak-banyak pun belum tentu orang nak baca kan..hehe..yang ni pun aku rasa dah cukup banyak..until next time..Peace!!

Syair imam Syafi'e:

شكوت إلى وكيع سوء حفظى     فأرشدنى إلى ترك المعاصى
Aku mengadu kepada Waki'(Guru Imam Syafie) tentang buruknya daya ingatanku...maka beliau memberi peringatan kepadaku untuk meninggalkan maksiat...
وأخبرنى بأن العلم نور     ونور الله لا يهدى لعاصى
 Dan beliau memberitahuku bahawa Ilmu ini adalah cahaya Allah...dan cahaya Allah tidak akan diberikan kepada orang yang melakukan maksiat..