Monday 4 February 2013

Selatan Sinai



Salam Alaikum..aku menjelajah ke selatan Sinai..join rombongan rehlah budak2 Sabah sini..matlamat aku travel ke Sinai ni satu ja..mau menawan gunung Sinai atau dalam bahasa arab Jabal Thursina..tapi apakan daya,takda rezeki...setakat main ngan ais & salji ja laaa...memang orang nampak "waaa bestnya main salji"..hakikatnyaa semuanya kesejukan..ditambah lagi dengan penat mendaki gunung tu..boleh la aku cakap indah khabar dari rupa kan..memang ramai yang tak puas hati tak dapat naik sampai ke puncak..cuaca tidak mengizinkan..so ramai2 la turun..sampai bawah tengok muka member2 semua,semua muka buruk..muka penat + mengantuk + kecewa..cuba bayangkan muka2 pattern buruk camtu kena combine sekali..hahahaha..InsyaAllah aku memang niat mo jalan ke sinai lagi untuk kali kedua..betul2 tak puas ati tak dapat sampai puncak..peace!!






Monday 21 January 2013

Aku hanya insan biasa...

Salam alaikum semuaa..kepala rasa ringan sikit lepas melayan kepenatan membaca buku untuk 3 minggu lebih..exam aku baru ja habis..kali ni betul2 terasa penatnya menjadi seorang penuntut ilmu..benda tu memang lazim bagi seorang penuntut ilmu,sebelum2 ni pun memang rasa penatnya,cuma xtau kenapa untuk exam kali ni terasa berat sangat..semangat tu kian hilang..tapi aku bersyukur masih dapat teruskan hingga ke final paper,biarpun rasa xpuas hati dengan jawapan yang ditulis time exam..sehingga terlintas difikiran ni panjat bangunan kuliah,then lompat...neraka2 pun neraka laa...sampai begitu sekali hasutan syaitan..setelah beberapa hari berlalu,mengenangkan keadaan tu balik,aku rasa betul2 bersyukur kerana masih bernafas hari ni..biarpun dalam mood yang masih xberapa nak bagus,aku join sekaki ngan member jalan2 ziarah rumah kawan arab..dapat lihat depan mata sendiri,dan merasa budaya bangsa arab ni..
Satu perkara yang betul2 buat aku rasa rendah diri,sifat memuliakan tetamu bangsa arab ni..memang dalam fikiran aku,sifat muliakan tetamu bangsa arab ni tinggi,tapi bila aku rasa sendiri,x sangka sampai begitu sekali..betul2 diluar jangkauan..dijemput datang kerumah,makanan dihidang macam untuk satu kampung,walhal kami hanya berempat..time makan tu,tuan rumah siap tolong suap lagi..lepas makan dihidang plak dengan halawah(manisan) sebagai pencuci mulut..then bila kami nak ke masjid untuk solat asar,arab2 tepi jalan berebut suruh kami singgah ke rumah masing2,then ada yang sanggup hulurkan wang untuk kami..terasa diri ni betul2 xlayak untuk menerima semua tu..
Lepas asar,kami dibawa bersiar2 di sungai Nil dengan bot,sempat juga singgah kubu bersejarah time zaman kebangkitan arab mesir melawan penjajah Perancis dan Inggeris..time atas bot tu lagi,kami dihidangkan dgn makanan lagi,biarpun kenyang makan tengahari xhabis lagi..sebelum balik rumah,dibawa lepak kedai kopi,minum secawan capuccino,barulah kami dihantar pulang..pengalaman bergaul,bertukar pandangan dengan mereka,membuatkan aku rasa kekurangan..masih banyak yang kurang dalam diri..Semoga Allah melindungi keluarga sahabatku Hassan An-neknak(حسن النعناع)...



Tuesday 25 December 2012

Just smile~~,

Salam alaikum..setelah sekian lama bergua & bercuti "panjang",baru la aku ada mood sikit mengarut apa yg patut dalam ni..huhuh..skang ni aku dalam musim xam,so mula laa stay malam melayan buku yg nak dibaca pun malas..kalau ikutkan mood kompom x terbaca punya buku tu..baru2 ni aku mengharungi zaman "gelap"..huhuh..ada hampir sama gelap dia ngan zaman jahiliah dulo2..huhuhu..teruk juga kalau aku ingat balik..terlalu melayan perasaan tu,sampai benda lain terabai..sembahyang pun banyak kali miss..nasib kuatkan semangat,tukar suasana,aku cari suasana baru plak..aku balik ke gua aku ni..sampai sini pun x abis juga sisa tu,ada lagi sikit..aku tukar rutin sikit..tiba2 aku melayan lagu Florence And The Machine - Cosmic Love..perrgghh lagu ni,macam berhantu aku dengar..huhuh..sibukkan diri dgn kerja2 yg jarang aku buat..hahahah...bila keadaan tu "under control",bila ingat zaman gelap tu,aku rasa betul2 jahil ni...terasa pengalaman tu mematangkan diri..
satu benda menarik aku jumpa ari ni..time study satu malam tu,aku ngan member ni makan yogurt coklat..tiba2 tgok member tu senyum,aku tanya la "pesal joo??"..member aku bagi tgok bekas yogurt yg dia makan tu..bila aku tgok dlm tu,aku pun ikut senyum sekali...~~,
























يا خسارة خلصت...واحدة كمان؟؟
*Yaa ruginya kau,habis dah..tambah lagi satu??

**Kamera aku jg mmber paling dekat..(joking..heheh~`)

Tuesday 2 October 2012

Ketenangan...

ولا تجزع لحادثة الليالي ... فما لحوادث الدنيا بقاء
 Bersabarlah dengan musibah yang berlaku semalam...Musibah dunia ini bukan kekal selamanya
وكن رجلا على الأهوال جلدا ... وشيمتك السماحة والوفاء
Teguhlah menghadapi segala kesengsaraan...dan lagakmu penuh tolak ansur dan ketulusan

...

ولا حزن يدوم ولا سرور ... ولا بؤس عليك ولا رخاء
Kesedihan itu bukan selamanya,begitu juga kegembiraan...Mahupun kesengsaraan dan juga kesenangan

Assalamualaikum..syair atas ni disusun oleh Imam Syafie..kata2 yang mendalam & penuh hikmah..hidup didunia ini banyak halangan..setiap manusia tak lepas dengan masalah..jangan jadikan sebuah masalah sebagai titik noktah untuk kita maju kehadapan.."Layang-layang terbang tinggi melawan arah angin,bukan ikut arah angin"..apa yg dah jadi tu,memang tak boleh diubah..

soalan imam ghazali kepada anak muridnyaa
"apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
"Negara china"
"Bulan"
"Matahari"
"Bintang-bintang"

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Setiap yg berlaku ada hikmahnya..pengalaman hidup ini pasti menjadikan kita dewasa..

أرى كل إنسان يرى عيب غيره ... ويعمى عن العيب الذى هو فيه

Aku lihat setiap manusia nampak aib orang lain..tetapi dia buta dengan aib yang ada pada dirinya sendiri

ولا خير في من لا يرى عيب نفسه ... ويعمى عن العيب الذى بأخيه
Dan tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang tak nampak dengan aibnya sendiri..ditambah pula dia buta dengan aib yang ada pada saudaranya

Untuk diri ini & semua..