Tuesday, 25 December 2012

Just smile~~,

Salam alaikum..setelah sekian lama bergua & bercuti "panjang",baru la aku ada mood sikit mengarut apa yg patut dalam ni..huhuh..skang ni aku dalam musim xam,so mula laa stay malam melayan buku yg nak dibaca pun malas..kalau ikutkan mood kompom x terbaca punya buku tu..baru2 ni aku mengharungi zaman "gelap"..huhuh..ada hampir sama gelap dia ngan zaman jahiliah dulo2..huhuhu..teruk juga kalau aku ingat balik..terlalu melayan perasaan tu,sampai benda lain terabai..sembahyang pun banyak kali miss..nasib kuatkan semangat,tukar suasana,aku cari suasana baru plak..aku balik ke gua aku ni..sampai sini pun x abis juga sisa tu,ada lagi sikit..aku tukar rutin sikit..tiba2 aku melayan lagu Florence And The Machine - Cosmic Love..perrgghh lagu ni,macam berhantu aku dengar..huhuh..sibukkan diri dgn kerja2 yg jarang aku buat..hahahah...bila keadaan tu "under control",bila ingat zaman gelap tu,aku rasa betul2 jahil ni...terasa pengalaman tu mematangkan diri..
satu benda menarik aku jumpa ari ni..time study satu malam tu,aku ngan member ni makan yogurt coklat..tiba2 tgok member tu senyum,aku tanya la "pesal joo??"..member aku bagi tgok bekas yogurt yg dia makan tu..bila aku tgok dlm tu,aku pun ikut senyum sekali...~~,
























يا خسارة خلصت...واحدة كمان؟؟
*Yaa ruginya kau,habis dah..tambah lagi satu??

**Kamera aku jg mmber paling dekat..(joking..heheh~`)

Tuesday, 2 October 2012

Ketenangan...

ولا تجزع لحادثة الليالي ... فما لحوادث الدنيا بقاء
 Bersabarlah dengan musibah yang berlaku semalam...Musibah dunia ini bukan kekal selamanya
وكن رجلا على الأهوال جلدا ... وشيمتك السماحة والوفاء
Teguhlah menghadapi segala kesengsaraan...dan lagakmu penuh tolak ansur dan ketulusan

...

ولا حزن يدوم ولا سرور ... ولا بؤس عليك ولا رخاء
Kesedihan itu bukan selamanya,begitu juga kegembiraan...Mahupun kesengsaraan dan juga kesenangan

Assalamualaikum..syair atas ni disusun oleh Imam Syafie..kata2 yang mendalam & penuh hikmah..hidup didunia ini banyak halangan..setiap manusia tak lepas dengan masalah..jangan jadikan sebuah masalah sebagai titik noktah untuk kita maju kehadapan.."Layang-layang terbang tinggi melawan arah angin,bukan ikut arah angin"..apa yg dah jadi tu,memang tak boleh diubah..

soalan imam ghazali kepada anak muridnyaa
"apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
"Negara china"
"Bulan"
"Matahari"
"Bintang-bintang"

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Setiap yg berlaku ada hikmahnya..pengalaman hidup ini pasti menjadikan kita dewasa..

أرى كل إنسان يرى عيب غيره ... ويعمى عن العيب الذى هو فيه

Aku lihat setiap manusia nampak aib orang lain..tetapi dia buta dengan aib yang ada pada dirinya sendiri

ولا خير في من لا يرى عيب نفسه ... ويعمى عن العيب الذى بأخيه
Dan tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang tak nampak dengan aibnya sendiri..ditambah pula dia buta dengan aib yang ada pada saudaranya

Untuk diri ini & semua..


Monday, 23 April 2012

Tatkala Dapur Berasap..


Assalamualaikum..macam grand ja post aku kali ni kan..hahahah..ni Kisah BENAR ni..kalau buat movie,kiranya "based on true story" laaa..macam besa la kan,kalau nak mula story,start with..

Satu malam ni,aku ngan member serumah planning la nak makan malam berlaukkan seekor ayam bakar..memang dah lama plan benda ni,tempat membakar dah adaa,cuma ari tu takda bekas nak letak ayam dalam pembakar tu..Akhirnya,malam ni dapat juga tercapai hajat tu..setelah beberapa minggu terbengkalai..tapi yang "semboinya",masak makanan malam tu,macam 5-10 orang yang nak makan..bila semua makanan dah dihidang,rasa macam terlebih banyak plak..member masak nasi 2kg..sepa nak makan semua ni..perggghhhh..camna nak settle semua makanan ni..tapi..hahahah..tinggal tulang jugakk..tiga orang jaa bantai...
Muka-muka naga kelaparan ni...
Siap susun ikut rank....

Tanker...
Supporter...
Semi Supporter...
Akhirnyaaaa...

Sunday, 15 April 2012

Ikhlas Tapi Jauh






Assalamualaikum..malam yang sunyi & tenang,aku tak tau nak buat apa..so aku rajinkan la diri ni baca buku..buat revision skett..exam aku pun tak lama lagi..bulan depan..sebulan nampak lama,tapi masa berlalu memang kita tak sedar..suasana sunyi betul,aku tak bleh study klu sunyi betul..nanti ngantuk tu datang...aku pasang la laptop,dengar radio online..mula² tu dengar la hot fm,tapi muak plak dengar lagu hot fm..keep repeating the same song..tak sampai 5 muka surat buku aku baca,lagu yang sama aku dengar balik..so tukar la dengar sinar plak..lepas sejam lebih menatap buku,rasa penat plak..so take 5..tengah rilek² santai,sinar mainkan lagu zainal abidin-ikhlas tapi jauh..jarang dengar lagu ni..irama lagu dia buat aku rasa lebih rilek..tapi lagu ni buatkan aku teringat dengan seseorang..seseorang yg jauh beribu batu...take 5 aku bertukar menjadi 20..macam² benda datang ziarah otak aku ni..apa akan jadi ngan aku 10 or 20 years later..bolehkah aku hidup sebagai seorang ketua keluarga..melaksanakan tanggungjawab menjaga isteri dan anak²...tanggungjawab sendiri pun aku layan sambil lewa..akhirat nanti semua tanggungjawab aku akan ditanya..belum masuk extra lagi tu..tanggungjawab aku terhadap 4 wanita ni nanti turut ditanya..Ibuku,Isteriku,Adik perempuanku,Anak perempuanku..tahap keyakinan aku makin rendah..terasa berat tanggungjawab yang bakal dipikul..



اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعل الحزن إذا شئت سهلا




Friday, 6 April 2012

Usia Meningkat~~

Seorang temanku menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini..07 Apr..Biarpun aku bukan orang pertama,tapi aku tetap ingat hari ini..Selamat menyambut hari kelahiran ke 23..Kita dah jadi seangkatan dalam usia..hehe..Aku doakan kebaikan untukmu,semoga Allah melindungimu dari segala keburukan..








































كم منزل فى الأرض يألفه الفتى    وحنينه أبدا لأول منزل
"Berapa banyak rumah yang dibangunkan oleh seorang pemuda di muka bumi ini, 
tetapi kerinduan selamanya adalah untuk rumah yang pertama dibangunkan.."
 
نقل فؤادك حيث شئت من الهوى     ما الحب إلا للحبيب الأول
"Perasaan hati itu mampu berubah-ubah mengikut hawa nafsu, 
tetapi perasaan Cinta itu tidak ada kecuali untuk Cinta yang pertama.."
 

Wednesday, 29 February 2012

Kota Seribu Menara..

Salam alaikum..i just came back from cairo last night..hehe..rindu aku ngan gua aku ni..memang penat perjalanan semalam..dah la takda bas direct pegi gua aku ni..so takda cara lain,terpaksa la tukar² bas..from Cairo to Mansurah,Mansurah to Haras,Haras to New Damietta..blum habis lagi tu..dari New Damietta to Ula..hampir sebulan lebih jugak aku lepak cairo..takda buat apa²..just lepak,stay rumah member..
Sebelum balik gua aku ni,aku sempat join satu program(ziarah maqam)..Alhamdulillah,sempat juga ziarah maqam² ulama besar dan orang² yang penting dalam sejarah islam...Saidah Zainab,Saidah Nafisah,Sulatan Hanafi,Imam Syafie,Imam Atthoillah..ada lagi,tapi tak berapa nak ingat..hehe..memang kita tahu,maqam ni semua ada khilaf(percanggahan)..semua maqam nabi²,sahabat²,ulama² ada khilaf kecuali dua jak..iaitu maqam Rasulullah s.a.w di Madinah dan Saidina Abu Bakar r.a (dikebumikan bersebelahan maqam Rasulullah)..ramai jugak ikut program tu..dalam 90 orang lebih..yang aku ni kompom laa,snapping..lama tak outting kan..hehe..peace!!..ciao~~

Suka tengok family ni..Stay happy forever..

Saturday, 11 February 2012

Bila orang bandar datang kampung..

Salam alaikum..Winter break aku semakin hampir ke penghujungnya..tak lama lagi start sekolah balik..semangat SEKOLAH tu dah menyeru!!..kalau cuti lama btul pun tak syok jugak kan..selama cuti ni,macam² aku buat..asal member ajak jalan,aku ikut ja..dah takda kerja,ikut ja laa..orang kata gunakan cuti sebaik mungkin..pasni ni aku kompom balik gua aku dah..jarang dapat jumpa member²..banyak benda berlaku time cuti ni..sampai rasa tak cukup masa nak layan kemahuan hati ni..semua benda aku nak buat..nak round Ma'rad kitab(Pameran Buku) laa,nak ikut member travelling laa..tapi syukur jugak,semua kemahuan hati ni dapat dilayan biarpun dengan ala kadar jaa..pegi round Ma'rad hari tu pun dua buku ja dapat beli(dalam list bayak lagi)..hahaha..
Pastu,bawa member² aku round gua aku..hahah..ni la rombongan 1st ramai² datang lawat gua aku..banyak la benda yang dibuat sini..antaranya pegi pungut kerang..benda ni time winter ja keluar..kalau summer takda plak..mungkin time winter,air laut tu sejuk..tu la sebab kerang-kerang ni naik parking tepi pantai..hahaha..memang best la jalan ramai² ngan member ni..ada ja cerita lucu kluar..pas dari gua aku ni,menyimpang kejap di Port Said & Port Fuad..sini la aku jumpa mainan 70-an..bahagia aku jumpa benda ni..slalu jumpa benda ni di Kaherah mahal betul dorang jual..skali jumpa dekat Port Said murah habis..
Lastly baru balik kaherah..sampai kaherah ni lagi,sibuk jugak tolong member menjual di bazaar..dan sekarang ni baru la macam free skit²..tapi dalam cuti aku ni,rasa bersalah plak aku..tak dapat nak layan member jauh..dah la jauh,jarang plak aku contact..Sorryy~~
At Ramses Train Station
Ahli anggota member² yang join time tu..




Mehmet serius pungut kerang
Sempat lagi main kejap..


Singgah kedai jual cermin..

Singgah sembahyang kejap..
Mainan baru..



Setelah sekian lama..Akhirnya ada juga peluang aku snap sini..

Saturday, 14 January 2012

Sejuk oh Sejuk..

Salam alaikum..sejak dua menjak ni cuaca sini sejuk abess..biar berbalut ngan selimut,takda gunanyaa..tembus jugak..bak kata member aku"tak bleh pegi laaa"..bila dah sejuk camni,dalam otak tu,pikir nak panaskan badan jaa..macam-macam aku imagine..sampai tahap overdose pun ada juga..tu la mainan minda..siap boleh bagi jiwa ni bergelora..parah aku camni..kalau dulu takda la aku pikir banyak sangat..kalau dulu,sejuk jaa,kompom masuk gua aku,HIBERNASI dalam selimut..tak pun pegi bersenam,main takraw..cerita pasal main takraw ni,aku rasa dah sampai nak 3-4 bulan aku tak main takraw..dah sampai naik sarang labah-labah kasut aku..atas peti sejuk tu kasut aku lepak..aku ni tak la terrer sangat main takraw ni..setakat main-main besa gitu ja..sepak sekali dua tu ok la kan..heheh..ok la..tak bleh luang masa banyak sangat tuk internet ni..setiap saat aku rasa berharga skang ni..sedangkang Allah sendiri bersumpah dalam Al-quran,DEMI MASA..inikan pulak aku..by the way,wish me luck for my exam..3 papers more..until next time..peace~~