Monday 4 February 2013

Selatan Sinai



Salam Alaikum..aku menjelajah ke selatan Sinai..join rombongan rehlah budak2 Sabah sini..matlamat aku travel ke Sinai ni satu ja..mau menawan gunung Sinai atau dalam bahasa arab Jabal Thursina..tapi apakan daya,takda rezeki...setakat main ngan ais & salji ja laaa...memang orang nampak "waaa bestnya main salji"..hakikatnyaa semuanya kesejukan..ditambah lagi dengan penat mendaki gunung tu..boleh la aku cakap indah khabar dari rupa kan..memang ramai yang tak puas hati tak dapat naik sampai ke puncak..cuaca tidak mengizinkan..so ramai2 la turun..sampai bawah tengok muka member2 semua,semua muka buruk..muka penat + mengantuk + kecewa..cuba bayangkan muka2 pattern buruk camtu kena combine sekali..hahahaha..InsyaAllah aku memang niat mo jalan ke sinai lagi untuk kali kedua..betul2 tak puas ati tak dapat sampai puncak..peace!!






Monday 21 January 2013

Aku hanya insan biasa...

Salam alaikum semuaa..kepala rasa ringan sikit lepas melayan kepenatan membaca buku untuk 3 minggu lebih..exam aku baru ja habis..kali ni betul2 terasa penatnya menjadi seorang penuntut ilmu..benda tu memang lazim bagi seorang penuntut ilmu,sebelum2 ni pun memang rasa penatnya,cuma xtau kenapa untuk exam kali ni terasa berat sangat..semangat tu kian hilang..tapi aku bersyukur masih dapat teruskan hingga ke final paper,biarpun rasa xpuas hati dengan jawapan yang ditulis time exam..sehingga terlintas difikiran ni panjat bangunan kuliah,then lompat...neraka2 pun neraka laa...sampai begitu sekali hasutan syaitan..setelah beberapa hari berlalu,mengenangkan keadaan tu balik,aku rasa betul2 bersyukur kerana masih bernafas hari ni..biarpun dalam mood yang masih xberapa nak bagus,aku join sekaki ngan member jalan2 ziarah rumah kawan arab..dapat lihat depan mata sendiri,dan merasa budaya bangsa arab ni..
Satu perkara yang betul2 buat aku rasa rendah diri,sifat memuliakan tetamu bangsa arab ni..memang dalam fikiran aku,sifat muliakan tetamu bangsa arab ni tinggi,tapi bila aku rasa sendiri,x sangka sampai begitu sekali..betul2 diluar jangkauan..dijemput datang kerumah,makanan dihidang macam untuk satu kampung,walhal kami hanya berempat..time makan tu,tuan rumah siap tolong suap lagi..lepas makan dihidang plak dengan halawah(manisan) sebagai pencuci mulut..then bila kami nak ke masjid untuk solat asar,arab2 tepi jalan berebut suruh kami singgah ke rumah masing2,then ada yang sanggup hulurkan wang untuk kami..terasa diri ni betul2 xlayak untuk menerima semua tu..
Lepas asar,kami dibawa bersiar2 di sungai Nil dengan bot,sempat juga singgah kubu bersejarah time zaman kebangkitan arab mesir melawan penjajah Perancis dan Inggeris..time atas bot tu lagi,kami dihidangkan dgn makanan lagi,biarpun kenyang makan tengahari xhabis lagi..sebelum balik rumah,dibawa lepak kedai kopi,minum secawan capuccino,barulah kami dihantar pulang..pengalaman bergaul,bertukar pandangan dengan mereka,membuatkan aku rasa kekurangan..masih banyak yang kurang dalam diri..Semoga Allah melindungi keluarga sahabatku Hassan An-neknak(حسن النعناع)...