Tuesday 2 October 2012

Ketenangan...

ولا تجزع لحادثة الليالي ... فما لحوادث الدنيا بقاء
 Bersabarlah dengan musibah yang berlaku semalam...Musibah dunia ini bukan kekal selamanya
وكن رجلا على الأهوال جلدا ... وشيمتك السماحة والوفاء
Teguhlah menghadapi segala kesengsaraan...dan lagakmu penuh tolak ansur dan ketulusan

...

ولا حزن يدوم ولا سرور ... ولا بؤس عليك ولا رخاء
Kesedihan itu bukan selamanya,begitu juga kegembiraan...Mahupun kesengsaraan dan juga kesenangan

Assalamualaikum..syair atas ni disusun oleh Imam Syafie..kata2 yang mendalam & penuh hikmah..hidup didunia ini banyak halangan..setiap manusia tak lepas dengan masalah..jangan jadikan sebuah masalah sebagai titik noktah untuk kita maju kehadapan.."Layang-layang terbang tinggi melawan arah angin,bukan ikut arah angin"..apa yg dah jadi tu,memang tak boleh diubah..

soalan imam ghazali kepada anak muridnyaa
"apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
"Negara china"
"Bulan"
"Matahari"
"Bintang-bintang"

Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap tidak mampu kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Setiap yg berlaku ada hikmahnya..pengalaman hidup ini pasti menjadikan kita dewasa..

أرى كل إنسان يرى عيب غيره ... ويعمى عن العيب الذى هو فيه

Aku lihat setiap manusia nampak aib orang lain..tetapi dia buta dengan aib yang ada pada dirinya sendiri

ولا خير في من لا يرى عيب نفسه ... ويعمى عن العيب الذى بأخيه
Dan tidak ada kebaikan bagi sesiapa yang tak nampak dengan aibnya sendiri..ditambah pula dia buta dengan aib yang ada pada saudaranya

Untuk diri ini & semua..