Tuesday 26 April 2011

Wahai Hati-Hati Yang Tenang

Syair Imam Syafie' R.A:


دع الأيام تفعل ما تشاء ... وطب نفسا إذا حكم القضاء
Biarkan masa berlalu melakukan apa yg ia mahu...Dan murnikan jiwa tatkala berlakunya Qadha(Ketentuan Ilahi)

 
ولا تجزع لحادثة الليالي ... فما لحوادث الدنيا بقاء
 Bersabarlah dengan musibah yang berlaku semalam...Musibah dunia ini bukan kekal selamanya


وكن رجلا على الأهوال جلدا ... وشيمتك السماحة والوفاء
Teguhlah menghadapi segala kesengsaraan...dan lagakmu penuh tolak ansur dan ketulusan


وإن كثرت عيوبك في البرايا ... وسرك أن يكون لها غطاء
Sekalipun banyak kekuranganmu pada manusia...Maka rahsiamu menjadikannya tersembunyi

 
تستر بالسخاء فكل عيب ... يغطيه - كما قيل- السخاء
Tutupkanlah(kekuranganmu) dengan kedermawanan,maka segala kekurangan...pasti tertutup sepertimana dikatakan dermawan


ولا ترج السماحة من بخيل ... فما في النار للظمآن ماء
Jangan mengharapkan belas kasihan dari si Bakhil...Maka di neraka tidak ada air untuk yang kehausan


ورزقك ليس ينقصه التأني ... وليس يزيد في الرزق العناء
Rezekimu tidak akan berkurangan walaupun lambat...dan tidak juga bertambah biarpun ditekuni


ولا حزن يدوم ولا سرور ... ولا بؤس عليك ولا رخاء
Kesedihan itu bukan selamanya,begitu juga kegembiraan...Mahupun kesengsaraan dan juga kesenangan


إذا ما كنت ذا قلب قنوع ... فأنت ومالك الدنيا سواء
Jika engkau memiliki hati yang Qana'(bersederhana)...maka engkau setanding dengan si pemilik dunia


ومن نزلت بساحته المنايا ... فلا أرض تقيه ولا سماء
Dan sesiapa yang didatangi ajal..tidak ada bumi dan langit dapat melindungimu


وأرض الله واسعة ولكن ... إذا نزل القضا ضاق الفضاء
Bumi Allah itu memang luas terbentang,tetapi...apabila tiba ketentuanNya,maka sempitlah kelapangan
 

Friday 15 April 2011

Majnun & Laila..(ليلى و مجنون)



Salam alaikum..Kalau time petang macam ni aku memang selalu lepak rumah ja..baring-baring layan lappy(laptop)..tapi hari ni rasa rajin sikit mau baca buku..jadi aku ambil la satu buku yg syok sikit untuk dibaca..aku pun baca laa buku tentang sejarah sastera zaman Umawiyah..kalau pasal sastera ni aku minat juga sikit..so nak dijadikan cerita,time aku tengah baca buku ni,aku tertarik dengan sebuah kisah yang memang kita tahu tapi tak ambil kisah sangat..kisah Majnun dan Laila..semua orang memang tau kan siapa Majnun & Laila ni..sama la kisah ni dengan Romeo & Juliet..tapi aku tak mau cerita pasal Romeo & Juliet..aku mau cerita pasal kisah Majnun & Laila..Kisah cinta yang aku boleh kategorikan sebagai unik..hahah..



Si Majnun ni nama sebenar dia Qis ibn Muaz..dan digelar "Majnun" (Gila) sebab dia seoalah-olah gila kerana cinta ataupun rindu..Majnun berbangsa Arab dan juga salah seorang penyair ghazal(syair cinta) yang terkenal dikalangan penyair arab yang lain..dan kebanyakan syair-syair cinta yang dibuatnya mengisahkan tentang perasaan cintanya terhadap Laila..Yang buat aku tertarik dengan kisah dia ni bila aku terbaca bait syairnya:


أقول لأصحابى هى الشمش ضوؤها
"Aku mengatakan pada sahabatku bahawa dia(Laila) itu umpama matahari yang mana cahayanya..
قريب ولكن فى تناولها بعد
dekat tetapi untuk mengapainya jauh.."

Banyak syair-syair karya Majnun ni,tapi dua tiga kerat ja yang aku paham sepenuhnya..Kenapa Majnun mengambarkan Laila seperti matahari yang cahayanya sampai dekat dengan kita tapi sebenarnya matahari itu jauh berjuta batu..(hahah..Jiwang abesss)...sebenarnya kisah cinta mereka ni unik kerana budaya sosiologi kehidupan pada zaman itu..Majnun hidup dalam kawasan Najd ( نجد  ), sebuah penempatan ditengah padang pasir,yang mana budaya sosiologi di kawasan Najd ni tak membenarkan bagi sesiapa yang bercinta berjumpa diantara satu dengan lain..(si lelaki tidak dibenarkan berjumpa dengan si perempuan)..Malah ada riwayat mengatakan diharamkan untuk menyebut atau menyanyikan nama kekasihnya.. (dahsyaaaattt!!!)..Boleh dikatakan cinta jarak jauh laa..(hahah..)..Itulah sebabnya kenapa kebanyakan syair-syair tulisan Majnun mengisahkan perasaan rindu yang mendalam dan kesulitan yang diharungi olehnya dalam menempuh dunia cintanya..dan kompom habesss semuanya jiwang..hahah..


So apa moralnya daripada kisah Majnun & Laila ni..Budaya sosiologi yang diamalkan oleh kaum Bani Uzrah( بنى عذرة ) dan Bani 'Amir( بنى عامر ) yang tinggal di kawasan Najd ada baiknya..Disamping menjaga akhlak dan budi pekerti ketika bercinta,budaya ni juga dapat menghalang pergaulan bebas dikalangan masyarakat..bergaul memang boleh tetapi ada batas dan juga adabnya..Lelaki dan perempuan itu memang diciptakan untuk dipasangkan antara satu dengan lain..selain itu,cara ni juga boleh menambahkan rasa rindu dan kasih sayang antara kekasih..bila kita berjauhan dengan orang yang tersayang contohnya ibubapa,akan bertambah rindu dan sayang kita pada mereka..so aku tak mau crita panjang-panjang..nanti lenguh orang lain nak baca..mngkn lepas ni aku mau crita pasal kisah 1001 malam plak..itu pun kalau dapat info laa..yang ni nasib baik ada dalam syllabus pelajaran aku..kalau tak,kompom aku tak baca punya..peace..


Syair Majnun kepada Laila:..

نهارى نهار الناس حتى إذا بدا
"pagiku sama seperti pagi manusia lain sehingga bermulanya..
لى الليل شاقتنى إليك المضاجع
untukku malam,aku mula merinduimu sehingga aku tidur.."

Wednesday 13 April 2011

Siang Menjadi Malam..

Damietta at night..
Salam alaikum..hahahah...cmni la klu xda krja malam..aku niat nk tidur awal skit malam ni tp xdpt la plak..mngkn pasal kupi..aku minum byk btul..so xdpt tido pnya psal,aku layan la men kmera...stay d luar(balkoni) rumah..snap gmbr mlm2 ni..masi aktif lg pacik2 d luar ni..ni la first time aku snap gmbr mlm2..n first time la jg aku guna tripod aku..ni lah keindahan malam anugerah Allah..syukur aku masih sempat rasa nikmat ni..Maha Agung Allah tuhan semesta alam mengatur siang n malam tnpa ada kecacatan..Biarpun negara tumpangan aku ni malam tp d tanah airku matahari akan bersinar..begitu lah kuasa Ilahi mengatur putaran siang n malam..(Skemanya ayatku ni..)


Gelas baru c jooo..

Tgh siuk2 lyn laptop ni mmbr aku blik plak dr shopping..ada barang baruu!!..c joo beli gelas baruu!!..hahah..siap kettle baruu!!..Riuh trus rumah malam ni..pasal barang baru c joo..suasana luar masih sejuk,,ntah2 napa tiba2 jd sjuk..2-3 ari sblum ni xbrapa sjuk jg..

Malam ni aku nekad msti tido jg..sok aku mau p kuliah bli buku..brapa ari aku stay d dumyat ni kuliah pun baru skali aku p..hahaha..terukkk!!..tapi istideyy laa...InsyaAllah bulih..Peace...








Petikan Syair Imam Syafie'..


ولا حزن يدوم ولا سرور
  "Kesedihan itu bukanlah selamanya,begitu juga dengan kegembiraan..

 ولا بؤس عليك ولا رخاء
Mahupun kesengsaraan dan juga kesenangan"




Sunday 10 April 2011

Cintai mereka apa adanya..

Salam alaikum..ni ari pertama aku d Dumyat..jauh ngan kluarga n ibubapa..perasaan n suasana mmg lain..slalu ibu tolong masakkan sarapan..tp utk pagi ni beza sikit..hidup sendiri..sarapan cari sendiri..nk makan meggi xda mood..makan makanan local laa..lama x mkn..mmg ni la sarapan aku ari2..bajet 3genih jaa..roti(Issh) ngan nexcafe..

Klu d rumah dlu,mmg ibu yg siapkan sarapan..jasa ibubapa mmg xbleh nk d balas..Rasulullah s.a.w pernah tanya tentang peranan ibubapa.Baginda s.a.w lalu mnjawab:"Mereka adalah (yang menyebabkan) syurgamu atau nerakamu"..(Riwayat Ibn Majah)..

Mngkn jauh d sudut hati,meraka mengharapkan balasan n imbalan material drpd anak-anak..klu ada pn hnya segelintir ibubapa yg mahukan itu smua..tp yg paling pnting adalah kasih syg seorang anak..terutamanya dikala usia mereka menjelang senja..mngkn ramai yg komen ssh nk jg org tua sndiri krna sibuk ngan hal isteri n anak sendiri..tp sedarlah betapa payahnya mereka mndidik kita hngga dewasa..Cerita tntg Uwais al-Qarni sering diulang-ulang agar kita ingat berbakti kpd ibubpa merupakan salah satu jalan meraih syurga..Uwais al-Qarni adalah salah satu contoh yg menjadikan ibubpanya jalan utk meraih syurga hingga sanggup menggendong kedua ibubpanya ke mana sahaja hingga akhir hayat mereka..

Aku bkn apa,cuma bila berjauhan ngan ibubpa ni terasa rndu plak..tp bila dh dekat,macam2 plak aku buat..jadi sama2 lah kita ubah perangai..apa yg baek kita ambik mnfaat bersama..ingatlah susah payah yg dilalui oleh ibubpa kerana kita..Peace..














لا تحسبن لعبى ورقصى فرحا فالطير يلعب ويرقص عند الذبح من شدة الألم
"Jangan engkau mnyangka bhawa bermain-main dan menari-nari itu adalah kerana kegembiraan kerana burung turut bermain-main dan menari-nari(bergerak-gerak meronta) kerana kesakitan ketika disembelih"..

Saturday 9 April 2011

Suara padang pasir (New Damietta)..First Post..

Salam alaikum..First skali,syukur dapat juga aku buat blog ni..mmg dh lama niat nk bt bnda ni tp hajat x kesampaian..skang ni pun syukur ada kesempatan nk buat blog ni..aku pn x cun jg bt blog ni..byk jg tnya mmber..aku buat blog ni bkn apa,sekadar ingin berkongsi apa yg ada..ilmu,info,gmbar n apa yg termampu..aku bukanlah alim ulama nk mngajar atau mnegur sesiapa,hnya ingin berkongsi pndapat n wacana fikrah harian..

Aku harap apa yg baik dalam blog ni diambil manfaat,n yg buruk jadikan sempadan..

Berkata seorang penyair arab..

إن الكلام لفى الفؤاد وإنما
"Sesungguhnya perkataan itu apa yg ada didalam hati dan cuma,

جعل اللسان على الفؤاد دليلا
Dijadikan lidah itu sebagai petunjuk apa yg ada didalam hati"