Sunday, 2 October 2011

Anak aku cute..

Salam alaikum semua..lama aku tak update blog aku ni..ntah la..aku tak tau nak cerita apa dalam blog aku nii..dah takda modal..kena lagi skang ni masi dalam mode malas-malas..belum tukar mode belajar lagi ni..member yang lain,dah start kuliah,kelas semua..yang aku ni,masi lagi stuck sini..nak balik kampung halaman,tak tau nak buat apa plak..kuliah sana belum start lagi..tapi insyaAllah semangat masi membara ni..ada semangat baru diseru..hahaha..(kompom la semangat..nek tahun kan)..ni la kerja aku sehari dua ni..stay dalam rumah jaa..kalau bergerak pun,masi dalam rumah jugak..dari bilik,kluar pegi ruang tamu,masuk rumah sebelah,turun singgah rumah bawah plak..time lepak rumah bawah tu,ada plak budak cute ni masuk..nak main-main ngan kucing..dia ni anak jiran depan rumah sabah..asal dari libya..slang budak ni cakap pun lain sikit..ada jugak yang aku tak paham..hahah..Ni kerja aku time boring..men snap satu dua..pastu men edit-edit..kalau tak jadi padam truss..pastu snap lagi balik..kadang-kadang kalu pikir balik lucu jugak..hahah..penat setting mo snap tu semua,pastu main selamber ja delete..(Jangan Tiru Aksi Ini!!!..)..Until next time~~




Thursday, 1 September 2011

Setelah sebulan Ramadhan~~

 Salam Alaikum semua..sempena raya ni,mesti ramai yang upload gambar-gambar raya,pastu banyak cerita pasal raya kita dengar..ada cerita sedih,gembira,tawar,pahit,pedas,padar(aku pun tak tau maksud sebenar perkataan ni..hehe)..jadi sini,aku mau kongsi ngan semua apa yang aku lalui sehari dua raya ni..pagi 1 syawal tu,macam biasa laa..semua orang siap-siap nak sembahyang raya..ada jugak member-member yang sembahyang di luar,di masjid azhar terutamanya..aku ni sembahyang di surau rumah sabah jaa..ramai jugak yang sembahyang sini..kira meriah la jugak..member-member dari luar kaherah semua datang berkumpul di rumah sabah ni..memang sini la markas tempat semua orang bertandang..so pagi tu sembahyang raya,lebih kurang dalam jam 7 pagi..khutbah raya tahun ni YDP rumah sabah yang sampaikan,Ust.Azhar..


Lepas selesai semua tu,macam biasa la..bersalam-salaman,0-0 la apa semua..hehe..acara tahunan ni..pastu baru semua ramai-ramai bergambar..dan tiap-tiap tahun memang spontan la bertanding antara jubah putih dan jubah hitam siapa paling ramai dan tiap-tiap tahun jugak la jubah putih yang menang..hahah..tahun ni aku belot..join geng jubah putih..haha..pastu ada jamuan la sikit..biarpun simple sedap jugak..hahah..pas habis semua tu,aku balik rumah,stay macam hari biasa..haha..aku rasa memang gini ja la tahun-tahun sebelumnya..
Hari kedua raya ada majlis jugak tapi sebelah malam laa..jadi sebelah pagi tu sibuk la member-member semua..ada yang sibuk masak untuk jamuan malam tu,ada yang membakar sayap ayam laa..ada yang mengemas dewan laa..semua ni AJKT majlis yang buat..aku ni yang biasa-biasa ja stay di rumah ja..tgok tv..haha..so majlis malam tu meriah laa..macam-macam aktiviti dibuat..pertandingan anyam ketupat.balas pantun laa..hahah..yang best,sebelum ni setiap rumah kena suruh buat kuih untuk jamuan malam tu..jadi nampak la macam-macam rupa kuih ada...kalau yang sedap tu memang perempuan yang buat laa..kalau kurang sedap tu lelaki punya tangan la tu..hahah..biasa laa kan..kaum lelaki ni tak berapa cun sangat buat kuih raya ni..tau makan jaa...hahah..tu jelah yang aku buat sehari dua raya ni..mungkin pasni banyak luangkan masa dirumah jaa..tak tau nak buat apa..lepak jelah...heheh..peace..

Rasulullah S.A.W bersabda:
من صام رمضان ثم أتبعه بست من شوال كان كصيام الدهر- رواه مسلم

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawwal, seolah-olah dia telah berpuasa tahun"-Hadis riwayat Muslim.









Ni laa gambar-gambar lain yang aku ada~~




Saturday, 20 August 2011

Saidina Ali Dan 17 Ekor Kambing...

Salam alaik..كل سنة وأنتم طيبين..hehe..lama aku tak singgah blog ni..Seminggu dua ni memang takda buat apa-apa..lepak rumah jaa..sambil-sambil tu ada laa jugak aku main-main ngan "toy" aku ni..main snap gambar lowlight..yang syoknya,banyak lampu kelip-kelip muncul akhir-akhir ni..rumah aku pun pasang,rumah sebelah,hujuuung sana pun ada..cam bertanding plak..rumah sapa paling banyak lampu kelip-kelip..Cantik!!..aku pun snap la satu dua gambar..gambar atas ni aku snap dekat balkoni rumah..time member-member projek nak pasang benda ni,aku tolong tengok jaa..hahah..
Memang semua makruf,dalam bulan Ramadhan ni,ada satu malam yang mana malam ni lebih baik dari seribu bulan..Amal kebajikan yang diamalkan dalam malam ni balasannya berlipat kali ganda..amat rugi sesiapa yang mensia-siakan malam ni..Lailatul Qadar(ليلة القدر)..Sepuluh malam terakhir..so sama-samalah kita manfaatkannya..
Tapi aku tak mau crita pasal Lailatul Qadr..aku nak kongsi sini cerita 17 EKOR KAMBING..masalah yang berlaku pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin yang ke-empat,Saidina Ali Abi Talib r.a..dalam cerita ni,kita akan nampak kebijaksanaan seorang khalifah islam yang agung dalam menyelesaikan masalah umatnya..sehingga aku sendiri kagum sebab aku pun tak dapat selesaikan masalah ni..kisahnya bermula dengan sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang bapa dan 3 orang anak..so di "fast forward" kan cerita,si bapa meninggal dunia dan mempunyai 17 ekor kambing sebagai harta warisan untuk anak-anaknya..dan si bapa itu sendiri telah memberikan wasiat dalam membahagikan 17 ekor kambing tu semua..1/2 daripada kambing-kambing tu untuk anak pertama,1/3 untuk anak kedua dan 1/9 untuk anak ketiga..tapi bila 3 adik-beradik tu cuba nak bahagikan kambing-kambing tu semua ikut wasiat yang ada,mereka tak dapat selesaikan..akhirnya mereka membawa masalah tu kepada Amir Mu'minin Saidina Ali Abi Talib r.a..masalah tu dapat settle ngan adil dan 3 beradik tu pun puas ati..cuba korang plak selesaikan masalah 3 beradik tu ngan adil..Sekarang ni cara senang pkai calculator laa kan,tapi masalahnya...tak dapat jugakk..pkai GSTK pun tak jugak..Aku pun bukan pandai sangat tentang kira-kira ni..

1/2 x 17 = 8.5
1/3 x 17 = 5.666666666666667
1/9 x 17 =  1.888888888888889

17 - 8.5 - 5.666666666666667 - 1.888888888888889 = 0.944444444444444

Masalah ni laa yang Saidina Ali r.a selesaikan dengan adil..kalau pakai yang atas ni, ada point plak tu..tak kan mau potong kambing-kambing tu..susah laa kan..bukan senang nak tentukan bahagian 0.666666666666667 tu..pastu kalau kita kira-kira balik ada baki plak tu..so???

Jawapannya..
         Kebijaksanaan Saidina Ali r.a terserlah bila beliau menyuruh 3 beradik ni pergi ke rumahnya untuk mengambil seekor lagi kambing miliknya sendiri dan ditambahkan dalam 17 ekor kambing milik 3 beradik tu tadi..so cuba kira balik..

17 + 1 = 18
1/2 x 18 = 9
1/3 x 18 = 6
1/9 x 18 = 2

18 - 9 - 6 - 2 = 1


kalau ikut cara ni plak ada baki seekor kambing lagi..dan baki seekor tu kambing milik Saidina Ali r.a (sebab tambah seekor tadi kann)..unik cara ni..camna pun kita kira cara ni jugak yang paling tepat..kagum aku ngan kebijaksanaan Saidina Ali r.a..zaman sekarang ni yang teknologi dan matematik maju abess tak dapat selesaikan masalah ni..zaman Saidina Ali r.a yang teknologi dan matematik ntah camna boleh settle masalah ni..~~

Wednesday, 27 July 2011

New Damietta to Cairo by Alexandria...

Ni laa bnda yg aku bawa..semua sangkut di badan ni..
Salam alaikum..summer time!!..sebenarnya malas aku nak update blog ni..takda mood kerja panas-panas ni..dunia makin panaszz..tapi aku ada satu benda nak share sini..summer ni mmg takda buat apa-apa..boring abesss..so aku ngan member serumah rancang sebuah perjalanan yg boleh dikatakan best jugak laaa..(Jalan-jalan round alex)..round alex time panas-panas..tebakar kulit aku..so perjalanan ni start hari sabtu..time pas zohor..matahari tu cun-cun tegak atas kepala..Gerak dari tmpat aku ni(Damietta) to Alexandria naik kereta Pijut(Pigeout)..susah aku nak explain kereta ni camna bentuk dia..pandai-pandailah imagine aar..tambang Le18 sorang..mengambil masa 2jam setengah untuk sampai ke Alex..Dah la jauh nak jalan,aku plak bawa barang banyak..(Travel bag,Tripod,Cmera,Porch)..ramai kan barang-barang aku..cam pindah rumah pun ada jugak..hahah..sampai di Alex dalam jam 5petang la gitu..semua muka penat aku tengok..so malam tu stay rumah member (Rumah Sabah Alex)..semua tido awal malam tu..hahah..penat abesss...

Alexandria Library..
So first day,awal pagi lagi keluar..semangat ni semua bangun awal..dan kompom la tempat first skali lawat,Alexandria Library..rugi bila dah sampai Alex tak singgah sini..besaar wooo ni tempat..patah kaki mau pusing satu tempat ni..buku??..kompom la ramai..bukan banyak tapi RAMAI...hahahah..bila dah penat round,tukar tempat plak..niat nak singgah Alexandria National Museum..tapi ada masalah..tak tau jalan..hahah..tanya orang sana pun sama jugak tak dapat cari...ada beli travel map tapi tertinggal plak dirumah..hahahah..nasib laaa...so tukarp plan plak round tepi pantai dekat kubu Salahuddin Al-Ayubi..stay sana sampai sunset..pastu snap satu dua shoot and then balik rumah..hahah..simple kan..


Second day mula lewat skit..sebab semalamnya penat berjalan..keluar dari rumah pun pas zohor..kali ni travel map tu bawa skali..hahah..senang sikit kali ni..so rancang mau lawat Alex Museum..sebab 1st day tu tak dapat pergi kan..walaupun ada peta,susah jugak mau cari tempat ni..dalam perjalanan pergi tempat tu,aku perasan la yang kebanyakan bangunan-bangunan di sekitar kawasan tu design lama..bila tanya orang tempatan dorang cakap memang camtu..kawasan bawah Alex(Timur Alex) semua pattern bangunan dia otai..kawasan atas Alex plak(Barat Alex) kawasan pembangunan baru..so balik cerita pasal museum..bila sampai tempat tu,tak boleh menggambar plak dekat dalam..sebab kebanyakan barang yang ada disana barang-barang artifak lama..dan kamera punya flash boleh merosakkan barang-barang dorang..hahaha..mungkin pasal tu laaa..(entah betul or tidak info aku ni..hahahah)..museum ni best..ada 1 tngkat ja..tak besar tapi aku tengok cara dorang susun cantik..dari cerita mesir purba(para Firaun) to roman greek(Alexander) to islam(Amru Al-'aas)..sini la aku jumpa anak taiko..hahahah..si Pakel and Tamut..dulu sombong,mengaku tuhan..skang tinggal apa..kena balut jadi mumia..

Maqam Abu Darda..

Pas dari museum ni,bajet nak pergi Pompey's Pillars..tapi tak sempat..tempat tu dah tutup..tempat bersejarah jugak ni..tapi tak tau pasal apa..biar tak sempat singgah Pompey's Pillars,kami sempat singgah makam Abu Darda..salah seorang Sahabat nabi..tapi makam ni ada Khilaf..ada yang cakap makam Abu Darda di Mesir laa,Jordan laa..tapi tak dapat nafikan laa..semua makam Sahabat nabi ada khilaf kecuali dua ja..Saidina Abu Bakar r.a and Saidina Umar r.a..kedua-duanya dikuburkan bersebelahan Makam Nabi Muhammad..

 3rd day mula lagi lewat..pas asar baru keluar dari rumah..pergi Muntazah..kawasan istana Raja Farouq..cantik tempat ni and paling pecah kaki kalau berjalan..besar abesss tempat ni..sini memang takda apa-apa kelebihan cuma landscape yang cantik jaa..pas round sini malamnya pergi bersuka ria..hahahaha..Funfair sebelah Ma'murah..tu jelah crita aku round Alexx..hahah..penat membaca??..aku pun penat menaip..hahah..until next time..Peace..



Ni laa gambar-gambar yg dapat aku snap time di Alex..ada la jugak member aku yg snap..SleyPeace..


Rumah Pelajar Sabah Alexandria..


Ni la model-model aku sepanjang perjalanan..hehe..
At Alexandria Library..





Sunset at Qait Bay..
La Bellezza Del Tramonto..


Gallery At Alexandria Library..
Bangunan pattern lama..Semboii ni rumah..
Singgah di masjid ni sembahyang asar..
At King Farouq Castle..Mountazah..
King Farouq Castle..


Model aku paling berjaya..(American Next Top Model..hahaha)






King Farouq Castle at night..
Sunset at Mountazah...

Sebelum Dan Selepas..hahah  
Inside of Alexandria Library..