Friday, 15 April 2011

Majnun & Laila..(ليلى و مجنون)



Salam alaikum..Kalau time petang macam ni aku memang selalu lepak rumah ja..baring-baring layan lappy(laptop)..tapi hari ni rasa rajin sikit mau baca buku..jadi aku ambil la satu buku yg syok sikit untuk dibaca..aku pun baca laa buku tentang sejarah sastera zaman Umawiyah..kalau pasal sastera ni aku minat juga sikit..so nak dijadikan cerita,time aku tengah baca buku ni,aku tertarik dengan sebuah kisah yang memang kita tahu tapi tak ambil kisah sangat..kisah Majnun dan Laila..semua orang memang tau kan siapa Majnun & Laila ni..sama la kisah ni dengan Romeo & Juliet..tapi aku tak mau cerita pasal Romeo & Juliet..aku mau cerita pasal kisah Majnun & Laila..Kisah cinta yang aku boleh kategorikan sebagai unik..hahah..



Si Majnun ni nama sebenar dia Qis ibn Muaz..dan digelar "Majnun" (Gila) sebab dia seoalah-olah gila kerana cinta ataupun rindu..Majnun berbangsa Arab dan juga salah seorang penyair ghazal(syair cinta) yang terkenal dikalangan penyair arab yang lain..dan kebanyakan syair-syair cinta yang dibuatnya mengisahkan tentang perasaan cintanya terhadap Laila..Yang buat aku tertarik dengan kisah dia ni bila aku terbaca bait syairnya:


أقول لأصحابى هى الشمش ضوؤها
"Aku mengatakan pada sahabatku bahawa dia(Laila) itu umpama matahari yang mana cahayanya..
قريب ولكن فى تناولها بعد
dekat tetapi untuk mengapainya jauh.."

Banyak syair-syair karya Majnun ni,tapi dua tiga kerat ja yang aku paham sepenuhnya..Kenapa Majnun mengambarkan Laila seperti matahari yang cahayanya sampai dekat dengan kita tapi sebenarnya matahari itu jauh berjuta batu..(hahah..Jiwang abesss)...sebenarnya kisah cinta mereka ni unik kerana budaya sosiologi kehidupan pada zaman itu..Majnun hidup dalam kawasan Najd ( نجد  ), sebuah penempatan ditengah padang pasir,yang mana budaya sosiologi di kawasan Najd ni tak membenarkan bagi sesiapa yang bercinta berjumpa diantara satu dengan lain..(si lelaki tidak dibenarkan berjumpa dengan si perempuan)..Malah ada riwayat mengatakan diharamkan untuk menyebut atau menyanyikan nama kekasihnya.. (dahsyaaaattt!!!)..Boleh dikatakan cinta jarak jauh laa..(hahah..)..Itulah sebabnya kenapa kebanyakan syair-syair tulisan Majnun mengisahkan perasaan rindu yang mendalam dan kesulitan yang diharungi olehnya dalam menempuh dunia cintanya..dan kompom habesss semuanya jiwang..hahah..


So apa moralnya daripada kisah Majnun & Laila ni..Budaya sosiologi yang diamalkan oleh kaum Bani Uzrah( بنى عذرة ) dan Bani 'Amir( بنى عامر ) yang tinggal di kawasan Najd ada baiknya..Disamping menjaga akhlak dan budi pekerti ketika bercinta,budaya ni juga dapat menghalang pergaulan bebas dikalangan masyarakat..bergaul memang boleh tetapi ada batas dan juga adabnya..Lelaki dan perempuan itu memang diciptakan untuk dipasangkan antara satu dengan lain..selain itu,cara ni juga boleh menambahkan rasa rindu dan kasih sayang antara kekasih..bila kita berjauhan dengan orang yang tersayang contohnya ibubapa,akan bertambah rindu dan sayang kita pada mereka..so aku tak mau crita panjang-panjang..nanti lenguh orang lain nak baca..mngkn lepas ni aku mau crita pasal kisah 1001 malam plak..itu pun kalau dapat info laa..yang ni nasib baik ada dalam syllabus pelajaran aku..kalau tak,kompom aku tak baca punya..peace..


Syair Majnun kepada Laila:..

نهارى نهار الناس حتى إذا بدا
"pagiku sama seperti pagi manusia lain sehingga bermulanya..
لى الليل شاقتنى إليك المضاجع
untukku malam,aku mula merinduimu sehingga aku tidur.."

2 comments: